Sabun Homemade VS Branded Facewash


Sebelum ini, kira-kira 3-4 tahun yang lepas, saya belum lagi menjadi “Natural Girl”. Selalunya pencuci muka yang saya beli ialah skincare dari jenama yang saya minati iaitu The FaceShop. Tetapi sekarang saya telah hentikan penggunaannya sejak 4 tahun lepas. Semuanya disebabkan saya telah ketahui apa yang terkandung didalam skincare tersebut merbahaya untuk kesihatan dalaman dan luaran diri sendiri.
Kandungan Bahan Kimia Didalam The Face Shop THE FACESHOP HERB DAY 365 ACEROLA FOAMING CLEANSER, The FaceShop
Beberapa kandungan yang paling merbahaya didalam pencuci muka ini ialah FRAGRANCE, PROPYLPARABEN, METHYLPARABEN, PEG-8, PEG-40 STEARATE dan banyak lagi. Selagi level/tahap bahan tersebut bukan 1/10, saya tetap anggap ianya merbahaya untuk kesihatan. Produk berasaskan bahan kimia jika kita gunakan setiap hari akan menyebabkan badan mengumpul toksin sedikit demi sedikit dan akhirnya meracuni badan dalam tempoh tertentu.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada EWG Skindeep, produk ini menyebabkan gangguan sistem endokrin, menyebabkan iritasi pada kulit, mata atau paru-paru, perubahan negatif pada sel kulit, toksik kepada organ dalaman. Kepada pengguna pencuci muka berjenama diluar sana, mungkin anda tidak menyedari yang anda sedang meracun diri kerana menggunakan produk bahan kimia setiap hari. Sedikit-demi sedikit, toksin berkumpul didalam badan dan kesannya akan timbul pada bila-bila masa.
Apa Itu Kerosakan Sistem Endokrin?
Menurut EPA.Gov (United States Environmental Protection Agency) boleh berlaku disebabkan oleh bahan kimia tertentu. Bahan kimia (buatan manusia) boleh meniru hormon manusia dan menyebabkan badan kita menerima “arahan palsu”. Akibatnya, badan kita akan menghasilkan tindakbalas seperti yang diarahkan oleh bahan kimia tersebut tanpa kawalan. Akhirnya, ia memberi kesan yang memudaratkan pada kesihatan luaran dan dalaman kita. 
Sepanjang 20 tahun yang lepas, kesan bahan kimia terhadap sistem endokrin badan kita telah dikaji dan dikenalpasti. Antara kesan terburuk kepada sistem endokrin badan yang telah dikenalpasti ialah:
Gangguan Kongenital- Gangguan atau penyakit kongenital merupakan kecacatan pada perkembangan bayi dalam kandungan. Keguguran juga boleh berlaku secara tiba-tiba. Penyakit ini menyebabkan bayi yang dilahirkan cacat atau tidak cukup bulan.
Mengganggu Sistem Peranakan: Bahan kimia seperti paraben dan fragrance membahayakan kesihatan sistem peranakan. Bahan kimia tersebut menjadi toksik jika berkumpul disistem peranakan dan menyebabkan masalah kesuburan pada lelaki dan perempuan dewasa. Pasangan atau salah seorang yang mempunyai banyak toksin didalam badan sukar untuk mendapat zuriat kerana organ peranakan yang telah tercemar dengan toksin tidak dapat berfungsi dengan normal.
Merosakkan Kesihatan Badan: Sistem endokrin yang terganggu menyebabkan hormon yang sepatutnya dihasilkan untuk tubuh badan berfungsi menjadi sedikit ataupun dihasilkan berlebihan. Apabila sistem ini terganggu, ia menyebabkan gangguan atau penyakit endokrin. Oleh itu, badan terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan akibat ketidakseimbangan hormon ini seperti masalah sistem pertahanan badan, penyakit thyroid, kitaran haid terhenti, kulit kering, kulit berjerawat, dan pelbagai lagi masalah lain.

Jauhkan Diri Daripada Bahan Kimia Didalam Produk
Pada pengalaman saya sendiri, sebelum saya memilih produk natural untuk kegunaan harian, saya mengalami kitar haid yang tidak teratur. Pernah 1 tahun tidak pernah datang period. Salah sendiri kerana menggunakan banyak bahan kimia yang terkandung didalam perfume branded, pencuci muka, syampu, sabun badan, deodorant, mekap, dan lain-lain lagi. Selepas menjadi natural girl dan memastikan produk harian bebas bahan kimia merbahaya, kitar haid telah kembali normal. 

Sila baca label pada produk sebelum membeli. Nasihat saya khasnya kepada wanita, bahan kimia memudaratkan kesihatan kita terutamanya kulit, kesuburan, dan imuniti kita. Kalau ada yang susah mendapat cahaya mata, tidak perlu fikir jauh, tengok saja produk skincare, perfume, pencuci peribadi dan produk kebersihan diri dirumah. Jika penuh dengan bahan kimia, cubalah elakkan. Bagaimana badan dapat berfungsi dengan normal kalau sistem endokrin kita telah diganggu oleh bahan kimia? Detox badan segera dan amalkan produk yang organic dan natural untuk kesihatan dalaman dan luaran.
 
Saya Beralih Dengan Pilihan Pencuci Muka Yang Bebas Bahan Kimia
EWG Skindeep telah melakukan yang terbaik dalam mendidik masyarakat mengenai bahaya bahan kimia didalam produk kosmetik, mekap dan makanan. Dizaman moden sekarang, masyarakat sudah semakin melupakan bahan-bahan semulajadi yang digunakan untuk rawatan kulit dan kesihatan.
Saya mula “google” mengenai natural remedies for skincare. Saya masih perlukan pencuci muka kerana pekerjaan saya buat masa ini memerlukan saya untuk berada dilapangan setiap masa. Oleh itu, UV dari matahari merosakkan kulit sekiranya saya tidak menjaga kebersihan kulit dengan teliti. Pencuci muka sangat penting kerana amalan mencuci muka membantu dalam menyingkirkan sel-sel kulit mati, mempercepatkan proses penghasilan sel-sel baru, membekalkan nutrient, menghidratkan kulit, mencegah minyak sebum berlebihan, dan menyegarkan muka.
Pencuci muka yang bebas bahan kimia setakat ini ialah sabun yang diperbuat secara cold process. Sabun yang diperbuat secara cold process hanya menggunkan hard oil, soft oil, lye, dan essential oil. Melalui proses saponifikasi yang dilakukan oleh lye, minyak yang digabungkan dapat dihasilkan menjadi sabun.
Sebelum saya berjaya menghasilkan sabun cold process untuk mencuci muka, saya pernah menggunakan sabun berikut dan hasilnya memang baik untuk kesihatan kulit.
Sabun ini cuma mempunyai 3 jenis bahan iaitu Sodium olivate (olive) oil, air,dan sodium chloride (sea salt). Ia tidak mengandungi pewangi. Sabun ini tidak mengeringkan kulit, dan boleh digunakan untuk sabun badan dan juga mencuci rambut. Selepas mencuci muka, kulit kelihatan bersih dansel-sel mati dapat disingkirkan dengan berkesan.
Sabun Khazanah ini boleh didapatkan di outlet Cosway. Ia dihasilkan melalui proses saponifikasi dan tidak mengandungi pewarna atau pengawet tiruan.
Sabun ini merupakan sabun gliserinng diperbuat daripada Glycerin, minyak kelapa yang telah disaponifikasikan, minyak kelapa sawit, frangrance, essential oil, Tocopherol (Vitamin E), annatto, pewarna karamel dan jus ubi bit. Glycerin yang digunakan bukan dari punca haiwan. Tdak mengandungi pewarna tiruan, tetapi yang saya risaukan ialah kandungan fragrance didalam campuran essential oil.
Kos penghantaran pos antarabangsa semakin meningkat dan untuk membeli sabun diatas semakin tidak berbaloi kerana harga shipping lebih mahal dari harga barang. Sebab itu saya belajar membuat sabun cold process sendiri.

lemon soap - hasil buatan sendiri dirumah
Kelebihan Membuat Sabun Homemade Sendiri
Samada sabun yang anda hasilkan dari cold proces atau melt and pour process, sebenarnya menghasilkan sabun homemade sendiri mempunyai banyak kelebihannya. Kelebihan membuat sabun sendiri adalah seperti berikut:
   1. Manfaat Kesihatan Yang Banyak
Apabila kita membuat sabun sendiri, bahan-bahan yang digunakan adalah atas pilihan kita sendiri. Kita boleh hindarkan bahan kimia yang merbahaya dan menambahkan bahan semulajadi didalam sabun buatan kita untuk kulit yang lebih cantik dan sihat. Sabun buatan sendiri lebih tinggi khasiatnya kerana diperbuat daripada bahan semulajadi.
2. Bukan Shaja Untuk Membersihkan
Sabun homemade bukan sahaja untuk mencuci muka, tetapi juga untuk rawatan muka. Kita boleh tambahkan herba atau essential oil tertentu untuk merawat kulit. Contohnya, tea tree essential oil berkesan dalam mencegah jerawat dan aloe vera berkesan dalam menghilangkan sunburn. Sabun yang diperbuat dari olive oil dan coconut oil amat melembapkan kulit. Jika kita tahu membuat sabun sendiri, kita sendiri boleh menjaga dan merawat kulit kita seperti yang diperlukan.
3. Merawat Kulit Yang Rosak
Kulit yang telah rosak sejak sekian lama mungkin disebabkan oleh tindakbalas bahan kimia dan bahan radikal bebas yang telah digunakan sebelum beralih kepada produk semulajadi. Oleh itu, sabun homemade boleh digunakan untuk menghentikan pendedahan kulit terhadap bahan kimia disamping merawat kulit untuk menjadi sihat semula.
4. Menjimatkan
Jika anda meminati sabun organik dan homemade, membeli dari stokis atau luar negara memerlukan kos yang tinggi. Jika kita tahu membuat sabun homemade sendiri, ia lebih jimat dan kuantiti yang kita perolehi pun lebih banyak dengan jumlah wang yang kita telah belanjakan.
5. Boleh dijadikan hadiah dan perniagaan
Permintaan sabun organik semakin meningkat diseluruh dunia kerana kesedaran terhadap penggunaan bahan kimia didalam bahan kosmetik telah meningkat. Untuk mengelakkan penyakit yang tidak diingini, bahan kimia hendaklah dijauhkan daripada produk harian kita. Sabun homemade sesuai untuk dijadikan hadiah dan pada masa yang sama kita tidak menyebabkan seseorang itu ditimpa penyakit akibat terdedah dengan bahan kimia. DIsamping itu, sabun homemade juga boleh menjadi sumber perniagaan kita kerana signature soap yang kita hasilkan tidak mungkin dapat ditiru oleh orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan