Halaman

Tips Bibir Merah Semulajadi (Cepat, Mudah, dan Murah)

Bibir secara aslinya berwarna merah. Tetapi apabila terdedah dengan bahan kimia didalam kosmetik, bibir menjadi semakin hitam. Bagaimana cara untuk mengembalikan warna merah asli pada bibir? Gunakan lip tint? Itu bukan cara semulajadi. Sila ikuti tips mudah dan murah berikut untuk mengembalikan warna asli pada bibir. Jangan bazirkan wang dan masa anda sedangkan warna bibir merah yang asli mudah sahaja untuk dikembalikan menggunakan bahan-bahan semulajadi dirumah kita.

Kenapa Bibir Berwarna Gelap?
Salah satu ialah warna tersebut ialah warna asli sejak lahir, tetapi kes ini jarang berlaku di negara kita mahupun Asia. Faktor kedua ialah kerana tabiat sendiri yang merosakkan warna bibir seperti merokok, terdedah pada panas matahari, kurang minum air, kosmetik yang tinggi bahan kimia, kebersihan diri, tidak mengamalkan pemakanan sihat dan menyebabkan bibir tidak menerima nutrient secukupnya.

Tips Untuk Memulihkan Warna Merah Asli Bibir

1)Minyak Zaitun (Olive Oil)
Bahan ini mudah didapati dan harganya ditentukan mengikut kualiti minyak zaitun itu sendiri. Minyak zaitun yang asli mempunyai kandungan nutrient dan antioksidan yang tinggi. Hanya sapukan minyak zaitun pada bibir 2 kali sehari untuk membekalkan nutrient penting pada kulit bibir. Bibir yang sihat akan mengekalkan warna merah aslinya.

2) Gula
Gula amat mudah didapati di negara kita. Selain daripada memaniskan masakan dan minuman, ia boleh digunakan untuk dijadikan skrub bibir. Skrub bibir berfungsi untuk menyingkirkan sel-sel kulit yang mati pada bibir.

Untuk membuat skrub sendiri, campurkan satu sudu gula, madu, dan setengah sudu minyak badam (sweet almond oil). Gaulkan sebati dan simpan didalam bekas yang sesuai dan bertutup. Gunakan setiap minggu untuk mengekalkan kulit bibir yang sihat.

3) Buah Delima
Buah delima mudah ditanam dan berkhasiat. Ia juga boleh menyihatkan bibir dan mengembalikan warna aslinya.  Jus buah delima boleh ditambahkan pada campuran skrub bibir untuk menambahkan nutrient dan warna merah asli bibir lebih cepat dikembalikan.

4) Timun
Timun mudah ditanam dan mempunyai khasiat untuk mencerahkan kulit. Sapukan cebisan timun pada bibir dan biarkan bibir menyerap lembapan dari timun untuk beberapa. Cara mudah ini boleh dilakukan setiap hari untuk melembapkan dan mengekal warna merah asli pada bibir.

5) Madu
Madu asli mudah didapati dinegara kita, dan yang terbaru madu kelulut mudah diternak  dikawasan rumah kita. Madu mempunyai pelbagai khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan. Sapukan madu pada bibir untuk melembapkan bibir dan mengembalikan warna asli bibir yang merah. Sapu lapisan nipis madu pada bibir sebelum tidur dan boleh dicuci apabila bangun pagi. Warna bibir akan serta merta menjadi pink atau kemerah-merahan. Cara ini juga boleh dilakukan setiap hari.
6) Minyak Badam
Minyak badam lebih kepada penambah perisa dan ditambahkan kepada salad. Untuk kegunaan kecantikan, minyak badan sesuai digunakan untuk kulit dan rambut. Sapukan minyak badam pada bibir sebelum tidur dan biarkan semalaman. Cuci pada sebelah pagi dan warna merah pada bibir dapat dikembalikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan