Halaman

GoodBye Chemical Products




Terdapat banyak sebab-sebab mengapa kita semua perlu mendapatkan alternatif yang lebih semula jadi apabila kita hendak memilih dan membeli produk peribadi seperti sabun, shampu, mahupun set penjagaan kulit bayi. Kesihatan diri kita bergantung dengan apa makanan dan produk yang kita gunakan setiap hari. Sekiranya ianya berkhasiat, tubuh badan kita pasti mendapat manfaat dan kekal sihat untuk keesokkan hari. Sebaliknya, jika kita tidak mengamalkan pemakanan yang sihat dan menggunakan terlalu banyak bahan kimia dalam produk dan makanan seharian kita, sudah tentu kita boleh menghidap pelbagai penyakit pada bila-bila masa kerana kesan bahan kimia yang telah terkumpul didalam tubuh badan kita.

Manfaat dan faedah TERBESAR apabila menggunakan produk semulajadi ialah kita dapat menghindarkan tubuh badan terutama sistem saraf dan organ dalaman kita daripada dirosakkan oleh bahan kimia. Sehingga kini, belum ada syarikat yang mengeluarkan produk berani mengumumkan kesan sampingan pada produk mereka yang mengandungi bahan kimia sebagai pengganti bahan-bahan semulajadi. Namun, sudah tentu tiada syarikat yang akan tampil menyatakan kesan sampingan sedemikian, kerana mereka tahu sekiranya kesan sampingan bahan kimia didedahkan kepada orang awam, produk mereka akan disita atau ditarik balik dari pasaran sebelum sempat dijual.

Kedua, produk-produk semulajadi ataupun natural product adalah bebas daripada pewarna tiruan dan wangian tiruan (fragrance/parfum). Sebaliknya warna dan bau indah diperolehi daripada sumber-sumber alami tertentu seperti minyak kelapa dara, mangga, betik, lemon, atau minyak limau mandarin, dan pelbagai bahan yang lain lagi. Memang wangian dapat diekstrak secara semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan namun kosnya amat mahal dan ini merugikan syarikat-syarikat pengeluar. Oleh kerana itu, banyak syarikat yang mengambil jalan pintas dalam penghasilan produk dan menggunakan alternatif bahan kimia untuk menggantikan bahan semulajadi yang sepatutnya digunakan.

Ketiga, kulit adalah organ terbesar dan yang ada untuk melindungi kita. Ia telah dikaji bahawa lebih daripada 50% daripada apa yang kita gunakan pada kulit kita boleh diserap ke dalam aliran darah kita dalam beberapa minit sahaja. Ini menimbulkan soalan "mengapa anda meletakkan sesuatu yang amat toksik dan sama seperti racun kepada salah satu organ yang paling penting pada anda"? Adakah kerana anda tidak tahu potensi keracunan yang disebabkan oleh bahan tersebut atau anda tutup mata sahaja demi kecantikan sementara dan kepuasan diri semata-mata.

Kerana, bahan-bahan dalam produk semula jadi dan organik yang datang dari alam semula jadi lebih bersih dan suci daripada risiko kesihatan seperti alahan, kerengsaan kulit, reaksi atau tindakbalas bahan kimia, dan kesan-kesan sampingan yang boleh membahayakan kulit dan kesihatan anda. Kesan sampingan terhadap pengguna berbeza-beza dari segi simptom dan masa berlaku kerana ketahanan imun, pemakanan, cuaca, dan cara hidup kita yang berbeza-beza. Tetapi apa yang pasti, semua bahan kimia akan menunjukkan kesan negatif kepada pengguna sama ada dalam jangka masa panjang atau pendek bergantung kepada umur dan tahap kesihatan seseorang.

Mencari produk yang bebas bahan kimia memang mudah pada zaman yang serba moden dan online pada masa ini. Namun, bukan semua mampu memiliki produk yang berkenan dihati kerana faktor bajet, sekatan kastam, peraturan akta dan macam-macam lagi.

Kesedaran mengenai produk semulajadi di Malaysia semakin meningkat, tetapi belum sehebat negara-negara luar seperti UK, USA, Eropah, Taiwan, dan Jepun. Negara-negara tersebut lebih maju daripada kita dan kesedaran mereka terhadap penggunaan bahan kimia didalam produk kosmetik, ubat-ubatan dan makanan amatlah tinggi. Pelbagai akta dan peraturan dibincangkan dinegara mereka untuk melindungi pengguna dan anak-anak mereka daripada kezaliman syarikat pengeluar produk yang menggunakan bahan kimia merbahaya untuk dijual kepada mereka. Ada juga syarikat yang menipu pelabelan produk dan menyatakan produk mereka semulajadi dan organik, padahal tidak sama sekali dan bahan kimia tetap dikesan hasil persampelan produk yang dijalankan oleh pihak berkuasa disana. Kes saman menyaman kerana penipuan yang membahayakan kesihatan masyarakat tidak pernah surut kerana amat sukar untuk mengubah pemikiran syarikat yang cuma mementingkan keuntungan diri daripada menghasilkan produk yang sihat dan selamat untuk pengguna.


Dengan memilih produk semula jadi dan organik anda boleh memberi kesan positif, bukan sahaja untuk kesihatan anda sendiri dan keluarga, tetapi juga dapat mendidik syarikat-syarikat seperti ini yang cuba menembusi pasaran di Malaysia dan membawa produk-produk “reject” mereka disana ke negara kita. Maklumat semua ada dihujung jari, oleh itu, sebelum membeli produk, hendaklah memeriksa label produk terlebih dahulu untuk mengenalpasti bahan-bahan didalamnya.

Produk Baby Blossom dan Pretty Blossom menggunakan bahan semulajadi tanpa sebarang bahan kimia kerana kesihatan diri amat bergantung dengan amalan seharian kita. Bahan-bahan semulajadi bukan sahaja mencantikkan dan menyihatkan tubuh badan, bahkan menghindarkan diri kita daripada terkena penyakit yang dibawa oleh bahan kimia seperti gangguan hormon, kegagalan sistem saraf, dan kerosakan organ-organ dalaman.

Cuba fikir, hormon, sistem saraf, dan organ, ada dijual dipasar malam atau dikedai-kedai sekiranya dibadan kita mengalami kerosakan? Kalaupun ada, murahkah harganya? Selamatkanlah diri dari menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia. Sekiranya tidak tahu, semua ini boleh dipelajari. Anda juga boleh bertanya disini sekiranya ingin tahu kesan bahan kimia yang anda ragui.

Selamat tinggal produk berbahan kimia.
Malaysia akan tetap menggunakan produk semulajadi untuk kesihatan dan kecantikan diri.

Xoxo

From Me,
Miss Healthy

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan